Gambar Hiasan Semata-mata |
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata, dalam kejadian 2 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Garatiah, 70, mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Duchess Of Kent di sini.
Zabidi berkata,cucu perempuan mangsa,Nurbayah Saptal yang berusia lima tahun turut mengalami cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital sama.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah bandar Sandakan ke Batu 7 terlanggar kedua-dua mangsa yang berada di tengah jalan pada masa itu,"katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila cucu Garatiah tiba-tiba berlari melintas dari kiri ke kanan jalan, kemudian disusuli oleh Garatiah yang cuba menyelamatkan cucunya sebelum kedua-duanya dilanggar.
Katanya kedua-dua mangsa dihantar ke hospital oleh pemandu kereta berusia 30 itu.
Zabidi berkata, pemandu kereta itu, seorang lelaki telah membuat laporan polis berhubung insiden itu. - BERNAMA
Dipetik Dari: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141005/dn_29/Nenetk-maut-cuba-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-kereta
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum,selamat datang ke blog saya...mohon follow yeee!